Tuesday, 8 April 2014

Bersyukur kepada Allah

Alhamdulillah, dengan sokongan dan sumbangan yang anda berikan kepada Institusi Pendidikan Hira' (IPH) selama ini, ianya telah membangunkan kemudahan fizikal dan peningkatan prasarana untuk keselesaan murid-murid yang sedang berada di Sekolah Rendah Islam Hira', Sekolah Menengah Islam Hira' dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira'. Tanpa sokongan dan sumbangan yang anda berikan sudah pasti sistem pendidikan Islam bersepadu yang diterajui oleh Institusi Pendidikan Hira' ini tidak akan dapat diteruskan sehingga hari ini. Institusi Pendidikan Hira', sejak awal penubuhannya pada tahun 1985 telah mendapat sokongan dari ibubapa dan dermawan yang telah menyumbang setiap masa untuk membangunkan Hira'.

Pada tahun 2005, IPH telah merancang meningkatkan prasarana dan kemudahan fizikal untuk sekolah Menengah Islam Hira'. Diantara perancangannya ialah:

  1. Pembinaan tangki air bertingkat yang telah dimulakan pada awal bulan Julai 2005.
  2. Cadangan pembinaan surau dua tingkat termasuk bilik-bilik khas.
  3. Cadangan pembinaan blok akademik dan pentadbiran tiga tingkat di Kompleks Pendidikan Hira', Jeram
  4. Mengenalpasti dan membeli tapak baru SRI Hira' yang akan tamat tempoh sewaan tapak pada tahun 2019.
Alhamdulillah, semua projek yang disebut di atas telah berjaya dilaksanakan hasil sumbangan para dermawan yang memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit, wakaf, tanah, tenaga dan usaha serta sokongan yang berterusan. Di bawah ini adalah gambar-gambar berkaitan perancangan di atas yang telah berjaya dibina.